comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Bekas Presiden China, Jiang Zemin meninggal dunia

FOTO: REUTERS

BEIJING: Bekas Presiden, Jiang Zemin yang menerajui China melalui era tranformasi dari akhir 1980-an hingga alaf baharu, meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Zemin mengambil alih kuasa selepas peristiwa berdarah pembunuhan beramai-ramai di Dataran Tiananmen pada 1989 dan mengetuai negara paling ramai penduduk dunia itu ke arah kemunculannya sebagai kuasa besar di pentas global.

Mendiang meninggal dunia akibat leukemia dan kegagalan pelbagai organ di Shanghai pada jam 12.13 tengah hari.

Ketika Zemin menggantikan Deng Xiaoping sebagai pemimpin pada 1989, China masih di peringkat awal pemodenan ekonomi.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki.

Loading...
Terkini