comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Betssy Chavez dilantik PM baharu Peru 

Betssy Chavez. – FOTO: Betssy Chavez / Facebook

LIMA: Presiden Peru Pedro Castillo melantik Betssy Chavez sebagai Perdana Menteri baharu bagi menggantikan Anibal Torres yang meletak jawatan.

Torres meletakan jawatan pada Khamis selepas Kongres menolak permohonan usul undi percaya.

Chavez sebelum ini berkhidmat sebagai menteri kebudayaan dan menteri buruh, majlis mengangkat sumpah jawatan diadakan di Istana Kerajaan di Lima, lapor Xinhua.

Pelantikan beliau di tengah-tengah ketegangan baharu antara cabang eksekutif dan perundangan yang dicetuskan oleh peletakan jawatan Torres. – BERNAMA

Loading...
Terkini