comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Biden belum buat keputusan untuk bertanding semula

FOTO: AGENSI

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS),  Joe Biden belum membuat keputusan muktamad sama ada akan bertanding untuk penggal kedua pada 2024, lapor Sputnik.

Menurut Politico, isteri presiden, Jill Biden, menyokong suaminya bertanding pada pemilihan presiden akan datang.

Di sebalik kebimbangan mengenai keupayaan pemimpin berusia 80 tahun itu, mereka yang rapat dengan Biden percaya tidak mustahil beliau bertanding semula dan pengumuman mengenainya mungkin dibuat lebih awal iaitu dijangkakan pada pertengahan Februari.

Pada November, media AS melaporkan Biden mengadakan pertemuan tertutup dengan sekumpulan kecil penasihat kanan di kediaman Rumah Putih.

Pertemuan itu dikatakan untuk berbincang mengenai persiapan kempen pemilihan semula 2024. – BERNAMA

Loading...
Terkini