comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Biden mohon maaf, AS tarik diri pakatan Perjanjian Iklim Paris 2016

Foto: AFP

SHARM EL-SHEIKH: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sekali lagi memohon maaf kepada pemimpin dunia atas penarikan diri negara itu daripada perjanjian iklim Paris 2016 dengan menekankan bahawa pentadbirannya telah berusaha agar kepimpinan negara itu memulakan semula usaha untuk menangani fenomena global.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memulakan proses untuk meninggalkan Perjanjian Paris 2016 sejurus selepas beliau memegang jawatan pada 2017.

Namun beberapa jam selepas Biden mengambil alih jawatan, beliau mengumumkan negara itu akan kembali dalam pakatan berkenaan.

Hal ini telah disahkan oleh Biden dalam sidang kemuncak iklim P-B-B yang berlangsung di bandar peranginan Sharm el-Sheikh Mesir.

Negara kepimpinannya itu akan serta-merta menyertai semula Perjanjian Paris serta mengadakan sidang kemuncak iklim utama.

Tambah beliau, mereka akan membuktikan bahawa dasar iklim yang baik adalah dasar ekonomi yang baik, serta pelaburan dalam dasar iklim akan mengalih paradigma untuk Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Loading...
Terkini