comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Brenton Tarrant fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup

FOTO: REUTERS

NEW ZEALAND: Pengganas yang menyerang masjid di Christchurch, New Zealand akan memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara seumur hidup terhadapnya.

Brenton Tarrant dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol kerana membunuh 51 orang dan cubaan membunuh 40 yang lain di dua masjid.

Jurucakap mahkamah rayuan berkata sehingga kini tiada tarikh perbicaraan ditetapkan.

Pada November 2021, peguam Tarrant ketika itu, Tony Ellis berkata, Tarrant sedang mempertimbangkan untuk merayu keputusan itu, atas alasan pengakuan bersalah terhadap kejadian tembakan pada 2019 dibuat di bawah tekanan

Tarrant, seorang warga Australia, menyerbu masjid di sekitar Christchurch dengan menembak secara rambang ke arah jemaah ketika solat jumaat sambil menyiarkan secara langsung pembunuhan itu.

Loading...
Terkini