comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Britain kerjasama dengan Itali dan Jepun bangunkan jet pejuang generasi baharu

FOTO: REUTERS

LONDON: Britain akan berusaha untuk membangunkan jet pejuang generasi akan datang dengan Itali dan Jepun, kata Rishi Sunak.

Perdana Menteri itu berkata, perkongsian pertahanan berkenaan akan memastikan Britain dan sekutunya “mengatasi dan menangani mereka yang cuba memudaratkan kita”, menurut dpa.

Downing Street menyasarkan jet yang dikenali sebagai Tempest in Britain dapat mula digunakan menjelang 2035 dan berfungsi sebagai pengganti RAF Typhoon.

Pesawat yang dibangunkan dalam program udara tempur global (GCAP) dipertingkat dengan keupayaan pesawat tanpa pemandu, sensor dan senjata canggih.

Projek itu dibangunkan sebagai tindak balas terhadap kebimbangan ketua-ketua ketenteraan bahawa penguasaan udaranya sedang terancam.

Sunak akan melancarkan fasa utama pertama program itu semasa lawatan ke RAF Coningsby di Lincolnshire pada Jumaat.

Menjelang lawatan itu, beliau berkata: “Keselamatan United Kingdom hari ini dan untuk generasi akan datang akan sentiasa menjadi keutamaan kerajaannya.

Jet yang dibangunkan itu dijangka dapat terbang lebih pantas daripada kelajuan bunyi dan mempunyai keupayaan menembak senjata hipersonik.

Perkongsian itu menggabungkan projek sistem udara tempur masa depan Britain dan Itali (FCAS) dengan program F-X Jepun.

Menteri itu berharap negara lain boleh membeli GCAP dalam masa terdekat. – BERNAMA

Loading...
Terkini