comscore
Tumpuan :
Luar Negara

COVID-19: Rekod harian tertinggi tiga hari berturut-turut di China

FOTO: REUTERS

BEIJING: Rekod harian tertinggi tiga hari berturut-turut kes COVID-19 dicatatkan di China.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan 35,183 jangkitan COVID-19 baharu dicatatkan semalam dengan 3,474 daripadanya bergejala dan 31,709 tidak bergejala

Angka itu lebih tinggi berbanding 32,943 kes baharu sehari sebelumnya dengan 3,103 kes bergejala dan 29,840 kes tanpa gejala, yang dikira secara berasingan oleh China dan tidak termasuk kes import

Sehingga semalam, tanah besar China telah mengesahkan 304,093 kes dengan simptom.

Bandar-bandar besar terus bergelut untuk membendung pendemik, dengan bandar selatan Guangzhou dan barat daya Chongqing merekodkan sebahagian besar kes baharu.

Guangzhou, sebuah bandar makmur dengan hampir 19 juta penduduk, melaporkan 361 kes baru yang ditularkan secara tempatan dan 7,058 kes tanpa gejala semalam, berbanding 257 kes gejala dan 7,267 kes tanpa gejala sehari sebelumnya – REUTERS

Loading...
Terkini