comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Cubaan bawa lari kereta polis gagal, suspek hampir maut dirempuh kereta api

FOTO: FOX NEWS

ATLANTA: Cubaan seorang suspek untuk membawa lari kereta polis nyata hampir membunuh dirinya sendiri apabila dia nyaris dirempuh kereta api di Atlanta, Amerika Syarikat.

Dalam rakaman kamera badan dan rakaman dari helikopter yang didedahkan oleh Jabatan Polis Atlanta, suspek pada mulanya ditahan sewaktu memandu dalam keadaan mencurigakan.

Dia kemudian bertindak meluru masuk ke dalam kereta polis berhampiran dan membawa lari kenderaan berkenaan tanpa tujuan.

Pasukan polis yang mengejar suspek kemudian mengesan kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbalik sebaik tiba di sebatang landasan kereta api.

FOTO: FOX NEWS

Suspek yang terperangkap di dalam kereta itu segera dikeluarkan oleh pihak polis dan selang beberapa saat selepas suspek dikeluarkan, kereta api yang tiba terus merempuh kenderaan polis berkenaan.

Dia kemudiannya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Fulton.

Polis Atlanta dalam satu kenyataan berasingan memaklumkan suspek bakal didakwa atas pertuduhan mencuri, memandu secara berbahaya dan merosakkan harta benda awam. – REUTERS

Loading...
Terkini