comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Cubaan seludup dadah menerusi Golden Triangle gagal, 15 penyeludup maut

Tentera Thailand temui bungkusan beg berisi dadah jenis methamphetamine dalam kejadian tembak-menembak di Golden Triangle.

CHIANG MAI: Cubaan 15 suspek untuk menyeludup dadah menerusi laluan tikus di utara Thailand gagal apabila kesemuanya maut dalam insiden tembak-menembak dengan pihak tentera.

Menurut jurucakap tentera Thailand, kejadian tembak-menembak berlaku ketika kumpulan penyeludup itu cuba merentasi Golden Triangle, kawasan titik sempadan tiga negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos.

Pergerakan kumpulan terbabit menimbulkan keraguan lalu mereka diarah berhenti oleh tentera untuk tujuan pemeriksaan sebelum salah seorang daripadanya melepaskan tembakan rambang.

Kumpulan berkenaan dipercayai bergerak dari arah Myanmar.

30 beg berisi bungkusan dadah jenis methamphetamine dirampas dalam kejadian terbabit.

Kawasan Golden Triangle sering kali dijadikan sasaran oleh kumpulan penyeludup untuk memasarkan dadah mereka meskipun rondaan dan sekatan terus dipertingkat oleh tentera sempadan ketiga-tiga negara. – AFP

Loading...
Terkini