comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Datuk 119 tahun jual lembu dan tanah demi tunai haji

JAKARTA: Demi menunaikan ibadah haji, seorang jemaah haji Indonesia yang berusia 119 tahun, sanggup menjual lembu dan tanahnya.

Harun Senar yang mempunyai enam anak dan 28 cucu itu memberitahu, dia yang pertama kali bakal menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sudah mendaftar sejak 2017 lagi.

Tambuh Harun, perjalanannya untuk menunaikan rukun Islam kelima itu bukanlah suatu yang mudah.

Berkongsi rahsia sihat bertenaga, warga emas itu berkata, setiap hari dia fokus beribadah, bertani dan kini hanya menjual ayam sebagai mata pencarian.

“Alhamdulillah, pada umur macam ini saya masih sihat cuma sesekali sakit kerana sudah uzur, paling penting makan makanan sihat dan sayuran.”

“Nanti apabila di Makkah, saya ingin berjalan tak mahu menggunakan kerusi roda.”

“Saya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin dengan kudrat yang ada,” katanya yang berangkat ke tanah suci bersama anak saudaranya, Mudi serta jirannya.

“Saya sudah lima kali bernikah dan semua isteri sudah meninggal dunia.

Dia yang menetap di Proppo, Bangkalan hidup sendirian tanpa isteri kerana mereka sudah meninggal dunia.

Loading...
Terkini