comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Dua beradik maut di tangan zionis 

FOTO: REUTERS

TEBING BARAT: Tiga lagi warga Palestin dibunuh tentera Israel, dengan puluhan lagi dilaporkan cedera di Tebing Barat.

Dua daripada yang maut merupakan adik-beradik, maut ditembak tentera zionis di Kafr Ein dekat Ramallah.

Seorang lagi mangsa di Beit Ummar, mati ditembak di bahagian kepala.

Anggota Pasukan Palang Merah Palestin memaklumkan, 22 warga Palestin telah dirawat ekoran dari serangan Israel itu.

Menurut saksi, pergolakan memuncak apabila Israel melakukan serbuan dan keadaan mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.

Ketegangan di antara Palestin dan Israel dilihat semakin tegang sejak kebelakangan ini dengan menyaksikan angka maut telah meningkat kepada 125 orang.

Loading...
Terkini