comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Dua kotak hitam pesawat Yeti Airlines ditemui

Kotak hitam Pesawat Yeti Airlines berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat dalam operasi dijalankan masuk hari kedua di Pokhara, Nepal

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Jagannath Niraula berkata, kedua-dua kotak itu akan diserahkan kepada pasukan penyiasat.

Dalam pada itu, tiada harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup

Usaha mengesan baki empat lagi penumpang nahas bagaimanapun diteruskan.

FOTO: AP

Sehingga kini 68 mayat mangsa telah ditemui dan dipindahkan dari lokasi nahas.

Nahas disifatkan yang terburuk di negara itu dalam tempoh 30 tahun.

Susulan itu kerajaan mengisytiharkan perkabungan negara bagi menghormati mangsa yang terkorban.

Serentak itu juga satu panel siasatan ditubuhkan untuk menyiasat tragedi itu bagi memastikan kejadian seumpamanya tidak berulang.

FOTO: AP

Pesawat malang itu berlepas dari Kathmandu menuju Pokhara dan terhempas beberapa ketika sebelum mendarat.

Ia membawa 57 warga tempatan, lima warga India, empat Rusia, dua Korea Selatan dan masing-masing satu dari Argentina, Ireland, Australia dan Perancis.  – AP

Loading...
Terkini