comscore
Tumpuan :
Dunia

Dua maut, 15 migran sesak nafas ditemui dalam gerabak kereta api

– FOTO: AFP

KNIPPA: Dua dilaporkan maut dan 15 lagi pendatang asing ditemui dalam gerabak kereta api dekat Uvalde, Amerika Syarikat.

Satu panggilan kecemasan yang membawa kepada penemuan itu setelah pihak berkuasa mengarahkan kereta api itu berhenti serta-merta.

Penemuan kemudian menjurus kepada sekumpulan migran yang didapati sesak nafas, dengan dua di antaranya telah meninggal dunia.

15 memerlukan rawatan perubatan segera dengan lima daripadanya diterbangkan serta-merta ke hospital di sekitar San Antonio manakala lima lagi dikejarkan ke hospital berdekatan.

Keadaan mereka belum dapat dipastikan buat masa ini.

Menurut pihak polis, syarikat kereta api pengangkutan barang, Union Pacific, akan mengetuai siasatan.

Loading...
Terkini