comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Dua penduduk Palestin cedera, puluhan sesak nafas dalam serangan pendatang haram Yahudi

FOTO: Reuters

TEBING BARAT : Dua penduduk Palestin cedera manakala puluhan yang lain sesak nafas dalam serangan pendatang haram Yahudi

Ketegangan berlaku di bandar Burqa di barat laut Nablus.

Aktivis tempatan memberitahu, penduduk Yahudi menyerang beberapa kediaman penduduk Palestin.

FOTO: Reuters

Tidak cukup dengan itu, sebuah kandang kambing milik penduduk Palestin juga dibakar.

Tindakan tidak berhati perut itu dilakukan dengan kehadiran tentera rejim Israel.

FOTO: Reuters

Pada masa sama, media Palinfo turut melaporkan serbuan tentera Israel di sebuah kawasan di Zabuba.

Tentera Israel membaling gas pemedih mata dan bom tangan pegun ke arah penduduk Palestin menyebabkan sebahagian penduduk sesak nafas.

Dalam insiden lain, dua penduduk Palestin turut ditahan tentera rejim di Al Khalil. – PALINFO

Loading...
Terkini