comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Empat orang awam ‘dibunuh’ dengan HIMARS

FOTO: SPUTNIK

ZAPOROZHYE: Sekurang-kurangnya empat orang awam terbunuh dalam serangan melibatkan sistem senjata canggih HIMARS buatan Amerika Syarikat.

Dalam kejadian itu, angkatan tentera Ukraine dilaporkan membedil sebuah jambatan landasan kereta api dekat bandar Melitopol.

Turut digunakan dalam serangan itu adalah pelancar roket yang serta-merta meragut empat nyawa dan mencederakan lima lagi individu dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pembaikan jambatan.

Kesemua mangsa merupakan juruteknik perkhidmatan.

Menurut pihak berkuasa, Kiev sengaja menyasarkan objek infrastruktur awam sedangkan langkah ini adalah satu kesalahan jenayah terhadap orang awam.

Serangan itu berlaku hanya sehari selepas tentera Ukraine melancarkan serangan ke atas hospital di Lugansk yang turut menggunakan sistem HIMARS, meragut 14 nyawa dan mencederakan 24 individu.

Loading...
Terkini