comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Fasiliti Simpanan Minyak Pula Terbakar

Fasiliti simpanan minyak ketiga pula terbakar akibat kebakaran beberapa hari lalu. FOTO: YAMIL LAGE / AFP

MATANZAS, Cuba: Letupan kuat menggegar barat Cuba selepas fasiliti simpanan minyak gergasi terbakar di Havana tempoh hari. 

Api merebak pantas sekaligus menyebabkan pulau itu berdepan ancaman krisis tenaga yang serius.

Selain api yang marak di lokasi kejadian, asap tebal turut memenuhi ruang udara.

Rentetan bencana ini, pihak berkuasa diarahkan untuk menggantung operasi loji termoelektrik utama bagi mengekang kebakaran di wilayah itu.

Untuk rekod, seorang dilaporkan maut, dengan 125 lagi cedera manakala 14 lagi dilaporkan hilang sejak kilat menyambar fasiliti tenaga berkenaan pada Jumaat. Tangki kedua kemudian dilaporkan terbakar Sabtu lalu menyebabkan letupan di fasiliti itu yang menjejaskan operasi sistem elektrik negara berkenaan

Loading...
Terkini