comscore
Tumpuan :
Luar Negara

FDA AS Luluskan Rawatan COVID-19 Pertama Bagi Kanak-Kanak

LOS ANGELES: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Isnin meluluskan Veklury (remdesivir) untuk digunakan kepada kanak-kanak dijangkiti COVID-19, seawal usia 28 hari dengan berat sekurang-kurangnya tiga kilogram (kg) dan ke atas.

Langkah itu menyaksikan Veklury, rawatan COVID-19 pertama diluluskan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun.

Veklury diluluskan untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital, atau mempunyai simptom ringan hingga sederhana yang berisiko tinggi menjadi lebih teruk, lapor Xinhua.

Sebelum ini Veklury hanya diluluskan untuk merawat  pesakit dewasa dan kanak-kanak tertentu berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai berat sekurang-kurangnya 40 kg.

“Memandangkan COVID-19 boleh mengakibatkan kesan teruk pada kanak-kanak yang tiada vaksinasi pada masa ini, terdapat keperluan terhadap rawatan COVID-19 yang selamat dan berkesan untuk golongan ini,” kata pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Ubat-Ubatan FDA, Patrizia Cavazzoni. –  BERNAMA

Loading...
Terkini