comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Finland tidak benarkan pembakaran Al Quran

FOTO: REUTERS

FINLAND: Meskipun Sweden dilihat seolah-olah membenarkan pembakaran kitab suci Al Quran, Finland sebaliknya menentang aktiviti itu.

Kerajaan berkenaan berpendapat biarpun tindakan membakar Al Quran tidak menyalahi undang-undang, ia dilihat satu perkara yang tidak wajar dilakukan.

Pihak polis Finland dalam kenyataannya sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana individu membakar Al Quran di negara berkenaan.

Tindakan membakar kitab suci terbabit dilihat mencabul ketenteraman agama dan individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman.

Pembakaran secara terbuka mahupun sebarang pencabulan ke atas kitab suci oleh mana-mana individu bakal berdepan campur tangan daripada pihak polis.

Loading...
Terkini