comscore
Tumpuan :
Artikel

Anjing Laut ‘Freya’ Di Norway Terpaksa Dibunuh Atas Faktor Keselamatan Orang Ramai

Keputusan untuk membunuh Freya dibuat berdasarkan penilaian keseluruhan akan ancaman berterusan yang dibawanya terhadap keselamatan manusia FOTO: AFP

OSLO, Norway: Seekor anjing laut (walrus) bernama Freya, yang menjadi tarikan popular di kalangan pengunjung ke pantai Norway, dibunuh oleh pihak berkuasa semalam atas faktor keselamatan.

“Keputusan untuk membunuh haiwan itu dibuat berdasarkan penilaian keseluruhan akan ancaman berterusan yang dibawanya terhadap keselamatan manusia,” lapor Agensi Anadolu memetik Ketua Pengarah Perikanan Frank Bakke-Jensen dalam satu kenyataan.

Menyedari akan tindak balas yang mungkin timbul disebabkan keputusan itu, Bakke-Jensen berkata “nyawa dan keselamatan manusia mesti diutamakan.”

Freya, yang dinamakan sempena nama dewi kecantikan dan cinta masyarakat Norse, sering dilihat di Oslo Fjord, dan pihak berkuasa telah beberapa kali memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauhi anjing laut itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan Direktorat Perikanan sebelum ini, orang ramai tidak mematuhi amaran itu.

Freya mula dikenali selepas menaiki bot untuk berjemur dan kadangkala menenggelamkannya kerana berat badannya yang mencecah 600 kilogram.

Dalam satu kejadian, polis terpaksa mengepung kawasan mandian selepas anjing laut itu mengejar seorang wanita ke dalam air.

Loading...
Terkini