comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Gempa 6.1 skala richter gegar Turkiye, 35 cedera

FOTO: AFP

TURKIYE: Sekurang-kurangnya 35 cedera dalam gempa bumi 6.1 skala richter yang melanda barat Turkiye.

Gegaran dikesan berdekatan bandar Duzce kira-kira 210 kilometer dari Istanbul pada kedalaman 10 kilometer.

Lapor media antarabangsa, gegaran kuat turut dirasai sehingga ke Ankara yang terletak lebih 230 kilometer dari pusat gempa.

70 gempa susulan termasuk dengan kekuatan 4.7 skala richter dicatatkan setakat ini.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu dalam kenyataannya mendedahkan, tiada sebarang kematian atau laporan insiden runtuhan bangunan diterima setakat ini.

32 kecederaan dicatatkan di Duzce, satu di Istanbul manakala dua lagi di wilayah Bolu dan Zonguldak.

Salah seorang mangsa juga dilaporkan parah selepas terjun dari balkoni rumahnya.

Beberapa kawasan dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Susulan gempa, sekolah-sekolah di wilayah Duzce dan Sakarya ditutup.

Turkiye adalah salah sebuah negara yang terletak di zon gempa bumi paling aktif dunia – AFP

Loading...
Terkini