comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Gempa 7.8 magnitud gegar Gazientep, 53 maut

GAZIENTEP: Sekurang-kurangnya 53 maut dan banyak bangunan musnah apabila gempa kuat berukuran 7.8 magnitud menggegar bandar Gazientep, tenggara Turkiye.

Gempa yang berpusat 32km dari tengah Gazientep melanda jam 4.17 pagi waktu tempatan direkodkan pada kedalaman 17.9 kilometer.

Sejurus 10 minit kemudian, gempa 6.7 magnitud pula berlaku berhampiran lokasi gempa pertama.

Gempa susulan turut dirasai sehingga ke Cyprus, Lubnan, Syria dan Greece.

Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam pada itu turut memuat naik ‘tweet’ memberitahu pasukan mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan yang terjejas.

Loading...
Terkini