comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Gempa bumi 5.8 magnitud gegarkan Jawa Barat

 

JAKARTA: Beberapa buah rumah dan sebuah sekolah antara yang rosak dalam gempa bumi kuat berukuran 5.8 magnitud yang menggegar Jawa Barat pagi tadi.

Gegaran yang berpusat di Sukabumi itu dirasai hingga ke Jakarta dan sekitarnya.

Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika Indonesia berkata, pusat gempa berada pada 22 kilometer tenggara Sukabumi dengan kedalaman 122 kilometer.

Gegaran terhasil susulan pergerakan plat bumi Indo-Australia atau disebut Zon Benioff.

Bagaimanapun, ia tidak mengakibatkan tsunami.

Sementara itu daerah Lembang, Bogor, Bandung, Pangandaran, Padalarang, dan Cianjur merasakan goncangan gempa dengan skala kekuatan 3.

Manakala wilayah Sumur, Jakarta Selatan, Garut, Bekasi, dan Tangerang dengan skala kekuatan 2.

Gempa mencetuskan panik kepada penduduk yang bergegas keluar dari bangunan untuk menyelamatkan diri. – KOMPAS

Loading...
Terkini