comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Gempa Kuat 7.2 Skala Richter Berlaku Di Sumatera Utara, Indonesia

Sumber: Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia

JAKARTA: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.2 pada Skala Richter berlaku di barat daya Pulau Sumatera Utara, Indonesia pada Jumaat, 14 Mei 2021.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.

Menurut BMKG, gempa itu berlaku jam 1.33 tengah hari waktu Indonesia barat, berpusat di 141km barat daya Nias Barat-Sumatera Utara, di kedalaman 19km di dasar Laut Hindi.

BMKG kini memantau kejadian itu yang dibimbangi boleh mencetuskan gempa susulan. – BERNAMA

Loading...
Terkini