comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Google & Waze bakal bersatu berkuat kuasa 9 Disember

CALIFORNIA: Syarikat Alphabet Inc. yang mengendalikan platform Google, mengumumkan penyatuan operasinya dengan pasukan daripada aplikasi carian peta terkenal, Waze yang turut dimiliki syarikat berkenaan sejak tahun 2013, berkuat kuasa 9 Disember.

Menurut jurucakap Google, kedua-dua pasukan kakitangan bakal bekerjasama dalam menambah baik sistem Google Geo sedia ada yang kini mengendalikan Google Maps, Google Earth dan Street View.

Penyatuan pasukan kakitangan juga bakal menjimatkan kos dan melancarkan pentadbiran membabitkan operasi Google dan Waze secara tak langsung.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Waze, Neha Parikh bakal meninggalkan syarikat berkenaan sebagai salah satu daripada peralihan tadbir urus terbabit.

Bagaimanapun, Google menjelaskan aplikasi Waze yang kini digunakan oleh 150 juta individu seluruh dunia, tetap akan berfungsi seperti biasa kerana penstrukturan operasi hanya membabitkan kakitangan, tidak melibatkan sistem secara dasarnya.

Loading...
Terkini