comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Gunung berapi Cotopaxi di Ecuador catat aktiviti seismik 

FOTO: REUTERS

QUITO: Pelepasan gas dan wap air, tahap abu yang rendah dan peningkatan aktiviti seismik dicatatkan di gunung berapi Cotopaxi di Ecuador.

Menurut Institut Geofizik Ecuador dalam satu kenyataan, perkembangan aktiviti seismik itu direkodkan dari 5.40 pagi waktu tempatan (10:40 GMT) oleh kamera pengawasan berhampiran gunung berapi.

Abu yang dicetuskan gunung berapi itu telah menjejaskan selatan Quito dan lembah sekitarnya.

“Adalah disyorkan untuk mengambil langkah-langkah penting dan mengikuti maklumat daripada sumber rasmi,” menurut agensi itu.

Sejak 23 Oktober lalu, amaran kuning yang bermaksud risiko sederhana telah berkuat kuasa di kawasan berhampiran gunung berapi.

Kali terakhir gunung berapi itu meletuskan abu paling dahsyat ialah pada 26 Jun 1877. – BERNAMA

Loading...
Terkini