comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Helikopter terhempas di Korea Selatan ragut 5 nyawa

FOTO: EPA

SEOUL: Lima terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di daerah pantai timur Yangyang, wilayah Gangwon, Korea Selatan hari ini, memetik laporan agensi berita Yonhap.

Pihak berkuasa bomba sudah menemui lima mayat selepas memadamkan api.

Helikopter itu dilaporkan terhempas sekitar jam 10:50 pagi waktu tempatan dan terbakar.

Helikopter itu, yang disewa bersama oleh kerajaan tempatan Sokcho, Goseong dan Yangyang, terhempas ketika menjalankan aktiviti memadam kebakaran hutan. – BERNAMA

Loading...
Terkini