comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Hujan lebat berterusan, air sungai melimpah

Foto : Reuters

JEPUN: Hujan lebat berterusan yang melanda Jepun telah menyebabkan air sungainya melimpah, tatkala Taufan Mawar semakin menghampiri negara itu.

Bencana alam ini sekaligus memaksa lebih sejuta penduduk berpindah ke pusat penempatan sementara sebagai langkah keselamatan.

Sungai di Kizugawa menyaksikan air mengalir deras selepas hujan lebat membadai.

Sungai berkenaan yang kebiasaannya hanya mengalir di bahagian depan rumah kini telah meningkat sehingga beberapa meter hingga membanjiri sepenuhnya mengelilingi rumah itu.

Setakat ini, 1.3 juta penduduk telah diarahkan untuk berpindah dengan majoritinya dari wilayah Wakayama di Honshu.

300 jadual penerbangan dan 52 feri serta beberapa perjalanan kereta api terpaksa dibatalkan pada Jumaat berikutan cuaca buruk.

Taufan Mawar yang mengganas di Guam sebelum ini telah mula melemah daripada kekuatannya sebagai taufan kuat.

Loading...
Terkini