comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Hungary anggap Stockholm dangkal benarkan bakar Al Quran 

FOTO: AP

BUDAPEST: Selepas Finland, Hungary pula lantang membidas pembakaran Al Quran dan menganggap Stockholm dangkal kerana membenarkan kejadian itu berlaku.

Menteri Luar Hungary, Peter Szijjarto dalam pada itu turut menasihatkan negara berkenaan supaya bertindak berlainan sekiranya mahu sokongan daripada Turkiye untuk kerusi NATO.

Tambah beliau lagi, insiden membakar Al Quran di hadapan bangunan kedutaan Turkiye itu langsung tidak boleh diterima.

Malah, pembakaran kitab suci mana-mana agama adalah perbuatan yang tidak wajar dilakukan.

Szijjarto ditemui media dalam pertemuan dengan rakan sejawat dari Turkiye, Mevlut Cavusoglu di Budapest.

Kedua-dua diplomat itu berpendapat insiden 21 Januari lalu meningkatkan ketegangan antara Ankara dan Stockholm di kala Sweden kini sedang meraih sokongan daripada Turkiye bagi menyertai pakatan tentera NATO.

Loading...
Terkini