comscore
Tumpuan :
Luar Negara

India Catat Rekod Baharu Dunia Bagi Kes Jangkitan COVID-19

Petugas mengatur katil di sekolah Adani Vidya Mandir yang dijadikan pusat penjagaan COVID-19 ekoran peningkatan kes di India. – Foto AFP

India mencatat rekod baharu selepas melaporkan 412,262 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 21.1 juta.

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan 3,980 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan 230,168 kematian di negara berkenaan.

Ini kali kedua kes harian melebihi 400,000 direkodkan selepas Sabtu lalu dengan 401,993 kes jangkitan harian dilaporkan.

Kenaikan mendadak kes sejak akhir Mac telah membanjiri hospital di banyak tempat dengan kekurangan katil, ubat-ubatan dan oksigen.

Kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi menolak untuk melaksanakan perintah berkurung baharu walaupun beberapa wilayah termasuk ibu kota New Delhi, Bihar dan Maharashtra menguatkuasakan penutupan tempatan. – AFP

Loading...
Terkini