comscore
Tumpuan :
Artikel

167 Individu Ditahan, 233 Senjata Dirampas

MICHOACAN: Sekurang-kurangnya 167 anggota kumpulan jenayah ditahan pihak berkuasa di barat Mexico dipercayai mempunyai kaitan dengan banduan dalam penjara Uruapan. 

Sewaktu operasi dilakukan, 233 senjata, dua bom tangan, dua pelancar bom serta 25 kenderaan turut disita oleh pihak polis.

Sebagai langkah ‘balas dendam’, penjenayah terbabit bertindak melakukan enam sekatan jalan raya di beberapa lokasi seluruh Michoacan yang kemudiannya ditarik balik pihak berkuasa.

Menurut media tempatan, sebilangan suspek yang ditahan merupakan anggota kumpulan pertahanan diri yang telah menjadi seteru sekian lama dengan kumpulan kartel lain atas perebutan wilayah di Michoacan.

Pihak tentera Mexico dalam pada itu turut bekerja sama dengan polis sewaktu mengiringi kesemua suspek ke pejabat peguam negara Morelia.

Ketua setiausaha keselamatan awam Michoacan, Jeneral Jose Reyes menyifatkan koordinasi antara dua institusi berbeza ini sebagai satu kerjasama yang cukup bersejarah.

Loading...
Terkini