comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Indonesia bebaskan pembuat bom serangan Bali 2002

FOTO: REUTERS

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia membebaskan seorang anggota militan yang disabitkan kesalahan atas pembabitannya dalam tragedi pengeboman Bali pada 2002.

Menurut AFP, Hisyam Alizein atau dikenali sebagai Umar Patek yang juga anggota utama Jemaah Islamiyah, dibebaskan semalam selepas menjalani separuh daripada hukuman asal 20 tahun yang dikenakan.

Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan pembebasan Umar, 55 tahun dilakukan setelah dia berjaya melakukan perubahan dalam penjara.

Sehubungan itu, pihak berkuasa akan menjadikan pembebasan Umar sebagai kes rujukan bagi mempengaruhi militan lain supaya menjauhi keganasan.

Umar bagaimanapun perlu  mengambil bahagian dalam program bimbingan sehingga parol tamat pada 29 April 2030, menurut jurucakap Jabatan Pembetulan di Kementerian Kehakiman Indonesia.

Sebelum ini, dia didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Jakarta Barat kerana membantu membuat bom kereta yang diletupkan di luar Kelab Sari di Kuta pada malam 12 Oktober 2002. – AFP

Loading...
Terkini