comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Iraq kembali adakan pilihan raya selepas 10 tahun

FOTO REUTERS

BAGHDAD: Terhenti selama 10 tahun ekoran perbezaan politik, Iraq kembali mengadakan pilihan raya di 15 daripada 18 wilayah di negara itu.

Pengundian pada Isnin bermula selepas 7 pagi waktu tempatan (0400 GMT) apabila 7,166 pusat mengundi dibuka di bawah langkah keselamatan yang ketat.

FOTO REUTERS

Jutaan rakyat Iraq dijangka mengundi di Baghdad dan bandar lain di semua wilayah kecuali tiga wilayah separa autonomi Kurdistan.

Pusat mengundi ditutup pada 6 petang (1500 GMT).

Menurut angka dari Suruhanjaya Pilihan Raya Tinggi Bebas Iraq, kira-kira 16 juta pemilih layak mengundi dalam pilihan raya wilayah kali ini.

Anggota keselamatan dan orang yang kehilangan tempat tinggal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal dua hari lalu.

Suruhanjaya pilihan raya dalam sidang media pada Sabtu berkata, peratusan keluar mengundi awal mencecah 67 peratus.

Menurut suruhanjaya itu lagi, 706,805 daripada 1,050,653 anggota pasukan keselamatan dan orang yang kehilangan tempat tinggal mengundi dalam undi awal.

FOTO REUTERS

Pengundi dijangka memilih anggota baharu majlis wilayah daripada 5,901 calon yang bersaing untuk 285 kerusi.

Kali terakhir pilihan raya wilayah diadakan di Iraq pada April 2013.

Loading...
Terkini