comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Israel dalang utama serangan dron di Isfahan – sumber A.S

ISFAHAN: Susulan serangan dron yang menyasarkan gudang tentera di Iran, Israel dikenal pasti mendalangi serangan berkenaan di pusat bandar Isfahan semalam yang disifatkan Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian sebagai ‘tindakan pengecut’.

Perkara itu dimaklumkan oleh salah seorang pegawai Amerika Syarikat yang enggan didedahkan identitinya kepada Wall Street Journal dan Reuters.

Setakat ini, jurucakap tentera Israel enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan terbabit.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan serangan berkenaan selain beberapa dron juga dapat dipintas Tehran sewaktu kejadian.

Serangan dron berkenaan adalah yang pertama didalangi Israel ke atas Iran sejak Benjamin Netanyahu kembali mengambil alih jawatan perdana menteri negara haram itu. – REUTERS

Loading...
Terkini