comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Israel, Pejuang Jihad Islam setuju laksana genjatan senjata

FOTO: Reuters

PALESTIN: Pejuang Jihad Islam Palestin dan Israel bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di Gaza seperti yang dicadangkan Kaherah bermula jam 10 malam waktu tempatan.

Pengumuman itu disambut gembira oleh penduduk Palestin dengan ada yang turun di jalan raya sambil mengibarkan bendera

Kaherah yang menjadi perantara gencatan senjata turut menyeru semua pihak untuk mematuhi perjanjian itu

Dalam pada itu, Pejuang Jihad Islam Palestin mengesahkan perkara itu sambil menambah mereka akan mematuhi perjanjian itu selagi israel juga mematuhinya

FOTO: Reuters

Walaubagaimanapun, beberapa jam sebelum gencatan senjata bermula, kedua-dua pihak masih terus melepaskan tembakan

Dalam tempoh lima hari, keganasan yang tercetus meragut sekurang-kurangnya 33 nyawa rakyat Palestin dan mengakibatkan 147 yang lain cedera

Mangsa yang maut termasuk enam kanak-kanak, empat wanita, dua warga emas dan enam pemimpin jihad islam

Ketegangan turut menyaksikan lebih 1,000 roket dilancarkan dari Gaza – AL JAZEERA

Loading...
Terkini