comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Israel rakus lancar serangan di Gaza

Foto: Reuters

GAZA: Lebih banyak angka korban direkodkan di Gaza tatkala rejim Zionis terus menerus melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang.

Israel dilapor melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Gaza.

Antara kawasan yang menjadi sasaran ialah kem pelarian Nuseirat di tengah-tengah kawasan bergolak.

Satu visual yang berjaya dirakam Al Jazeera menunjukkan pertahanan awam dan sukarelawan membawa warga Palestin yang cedera, keluar dari bangunan runtuh akibat serangan.

Sementara itu, serangan udara turut dilancarkan sewaktu awal pagi di Khan Younis, Maan, Jourat al-Aqqad dan Al-Mahatta termasuk Rafah.

Agensi berita Palestin, Wafa melaporkan, jumlah kematian dan kecederaan akibat pengeboman Israel turut dicatatkan di Shujayea, timur Gaza City.

Loading...
Terkini