comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Israel sabotaj rundingan gencatan senjata dengan Hamas

FOTO: Reuters

GAZA: Israel didakwa sabotaj rundingan gencatan senjata susulan serbuan yang dilakukan ke atas hospital terbesar Gaza.

Ketua Hamas yang berpangkalan di Qatar, Ismail Haniyeh menegaskan perkara itu disifatkan sebagai tindakan secara sengaja.

Sasaran rejim zionis di Kompleks Perubatan Al-Shifa menunjukkan tentangan pemulihan kehidupan tanpa mengambil kira nyawa orang awam.

Serangan terhadap kakitangan kerajaan di Gaza juga menggugat keamanan sejagat dan mengekalkan tindakan keganasan oleh tentera Israel.

Ia akan mendorong kepada kegagalan rundingan gencatan senjata Gaza dan pembebasan tebusan yang kini mengambil tempat di Doha, Qatar. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini