comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Jabatan Negara AS mahu AS$75 juta bantuan makanan untuk pelarian Palestin dibebaskan

FOTO: Reuters

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menjelaskan bahawa pihaknya sedang berbincang dengan Kongres mengenai terdapat Ahli Parlimen Republikan menghalang sebahagian daripada AS$75 juta bantuan makanan untuk pelarian Palestin.

“Jabatan Negara masih dalam perbincangan dengan Kongres mengenai dana yang disediakan menerusi akta peruntukan TK 2023 yang bertujuan untuk mengekalkan bantuan makanan kepada rakyat Palestin yang terdedah di Tebing Barat dan Gaza sebagai tindak balas kepada peningkatan kos makanan dan pengangkutan,” kata jurucakap Jabatan Negara kepada Agensi Anadolu.

“Pentadbiran menyokong penggunaan dana yang dimaksudkan, yang direka untuk menangani masalah krisis makanan yang semakin teruk dalam masyarakat Palestin,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel.

Senator Jim Risch dan Rep. Michael McCaul, anggota tertinggi Republikan dalam jawatankuasa hubungan luar Senat dan Dewan Rakyat, sejak akhir Julai telah menghalang Jabatan Negara daripada menyediakan dana kepada agensi pelarian Palestin (UNRWA) PBB.

Risch bersama 13 anggota Republikan lain pada Februari meminta AS menghentikan semua pembiayaan untuk UNRWA melainkan Setiausaha Negara Antony Blinken memperakui setiap 180 hari “bahawa UNRWA memenuhi kriteria akauntabiliti dan ketelusan yang ketat.” – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini