comscore
Tumpuan :
Dunia

Jawatan PM Britain: Boris Johnson, Rishi Sunak Dahului Persaingan

Foto AFP

LONDON: Boris Johnson dan mantan menteri kewangan, Rishi Sunak sedang mendahului pesaing yang berpotensi untuk menggantikan Perdana Menteri Britain, Liz Truss, malah menerima sokongan untuk menjadi pemimpin Parti Konservatif.

Selepas peletakan jawatan Truss kelmarin, sekali gus mengakhiri pentadbirannya selama enam minggu.

Mereka yang hendak menjadi pengganti, mencuba untuk mendapatkan 100 undian dari penggubal undang-undang Parti Konservatif supaya dapat menjadi calon untuk bersaing merebut jawatan Perdana Menteri.

Calon terbabit sekaligus akan menjadi Perdana Menteri Britain kelima dalam tempoh enam tahun.

Keputusan akan diumumkan pada Isnin atau Jumaat minggu depan.

Kemunculan semula Johnson sebagai salah seorang calon yang bersaing, disifatkan sebagai ‘luar biasa’.

Meskipun digulingkan oleh penggubal undang-undang lebih tiga bulan lalu, Johnson sudahpun berada dalam kedudukan yang setara dengan pesaingnya, Sunak untuk dinamakan sebagai perdana menteri seterusnya.

Bagaimanapun Johnson berkemungkinan berdepan dengan kesulitan untuk mendapat 100 undian selepas tempoh pentadbirannya selama tiga tahun terpalit dengan skandal dan dakwaan berhubung salah laku.

Sunak, mantan penganalisis Goldman Sachs yang menjadi menteri kewangan ketika pandemik COVID-19 melanda Eropah, adalah calon kegemaran bagi jawatan Perdana Menteri itu, diikuti Johnson.

Setakat ini, tiada seorang pun yang sudah mengisytiharkan pencalonan mereka secara rasmi.

Loading...
Terkini