comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Jepun mahu pimpin tamatkan konflik di Gaza

Yoko Kamikawa, Menteri Luar Jepun. FOTO: Reuters

JEPUN: Negara matahari terbit, Jepun menyuarakan keinginannya untuk memainkan peranan sebagai pemimpin dalam menamatkan krisis yang sedang melanda Gaza ketika ini.

Menteri Luar, Yoko Kamikawa menegaskan Jepun mahu mengetuai usaha mengurangkan impak krisis kemanusiaan di Gaza yang semakin meruncing.

Dalam temubual dengan Kyodo News, Kamikawa memaklumkan Jepun akan bekerjasama secara proaktif dengan negara lain bagi memastikan ‘penyelesaian dua negara’ dapat dicapai.

Untuk jangka pendek, pihaknya menyasar memperbaiki krisis kemanusiaan dan membantu mengurangkan impak perang yang sedang berlaku ketika ini.

Sementara untuk jangka panjang pula, merealisasikan ‘penyelesaian dua negara’ dengan penubuhan negara Palestin yang merdeka bersama Israel sebagai tetangganya.

Loading...
Terkini