comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Kebakaran kawasan setinggan di Seoul memaksa 500 penduduk berpindah

FOTO: REUTERS

KOREA SELATAN: Kebakaran besar di sebuah kawasan setinggan di Seoul memaksa kira-kira 500 penduduk berpindah.

Insiden berlaku kira-kira jam 6.28 pagi di daerah Guryong, antara kawasan setinggan terakhir di daerah bandaraya itu .

Media CNN yang memetik Jurucakap bomba Gangnam melaporkan, pasukan bomba bersama jentera pemadan api dikerah ke lokasi kejadian lima minit kemudian.

Lebih 800 kakitangan kecemasan termasuk anggota paramedik dan polis turut serta dalam oeprasi itu.

Api dapat dipadamkan kira-kira 5 jam kemudian dengan kemusnahan kawasan merangkumi 2,700 meter persegi.

Kira-kira 60 kediaman yang kebanyakannya dibina daripada papan lapis vinil musnah

Guryong sekian lama dilihat sebagai simbol jurang antara golongan kaya dan miskin di negara ekonomi keempat terbesar Asia.

Terdapat usaha kerajaan untuk menaik taraf kawasan ini sejak sedekad lalu namun berdepan kesukaran kerana gagal mencapai kata sepakat antara badan kerajaan dengan penduduk berhubung isu pampasan tanah. – CNN

Loading...
Terkini