comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Kehadiran melebihi kapasiti, puluhan pengunjung festival muzik pengsan.

Foto: AGENSI

JAKARTA: Puluhan pengunjung yang menghadiri festival muzik semalam pengsan dan memerlukan rawatan kecemasan berikutan pengunjung yang dibenarkan masuk melebihi kapasiti sehingga berlaku kesesakan.

Insiden dilaporkan berlaku dalam Festival Berdendang Bergoyang yang dilangsungkan di Istora Senayan.

Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Komarudin seperti dilapor portal Detikcom memberitahu, kawasan acara festival muzik itu terlalu ramai, dan mangsa yang pengsan mencapai puluhan orang.

Malah, beberapa penonton juga turut mengalami kecederaan termasuk luka melecet akibat bersesak dan berhimpit.

Berikutan itu, Festival Berdendang Bergoyang terpaksa dihentikan lebih awal dari yang dijadualkan oleh pihak polis kerana situasi khalayak yang melebihi kapasiti dan berbahaya.

Perjalanan konsert untuk hari ketiga, hari ini juga dibatalkan oleh pihak polis.

Notis pembatalan itu diumumkan oleh pihak penganjur acara melalui Instagram.

Penganjur juga akan turut mengumumkan soal pengembalian wang tiket penonton susulan pembatalan itu. – AGENSI

Loading...
Terkini