Tumpuan :
Luar Negara

Kereta ‘terjun’ ke dalam kawah di tengah lebuh raya

FOTO: Reuters

CHINA: Sebuah kereta terjunam ke dalam kawah yang terbentuk di tengah-tengah lebuh raya di wilayah Heilongjiang, China.

Visual diperoleh menerusi rakaman ‘dashcam’ kenderaan lain menyaksikan kereta terbabit yang berada hanya beberapa meter di hadapannya, tidak sempat membrek lalu terjun ke dalam rekahan di jambatan lebuhraya terbabit.

Malangnya, terdapat sebuah lagi kereta yang turut jatuh ke dalam lubang berkenaan.

Pengguna jalan raya yang lain turut berhenti bagi membantu mangsa yang terperangkap di dalam kereta mereka.

Kedua-dua pemandu berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Keadaan itu dipercayai berpunca daripada kejadian cuaca ekstrem yang dibawa oleh Taufan Doksuri tempoh hari.

Loading...
Terkini