comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Ketegangan Taiwan: China Gantung Kerjasama Penting Dengan Amerika Syarikat

CHINA: China menghentikan kerjasama dengan Amerika Syarikat dalam beberapa bidang utama termasuk isu perubahan iklim, rundingan ketenteraan dan usaha memerangi jenayah antarabangsa.

Langkah terbaharu itu susulan lawatan ke Taiwan oleh delegasi kongres AS yang diketuai speaker Nancy Pelosi.

China juga mengumumkan ia melihat lawatan Pelosi itu sebagai satu cabaran kepada tuntutan kedaulatannya ke atas Taiwan.

Pengumuman itu dibuat oleh kementerian luar China pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu dialog antara pegawai pertahanan AS dan China akan dibatalkan, manakala kerjasama terhadap pendatang tanpa izin yang pulang, perubahan iklim, dan penyiasatan jenayah antarabangsa akan digantung.

Kedua-dua kuasa besar itu telah mengekalkan hubungan diplomatik yang mesra berhubung keperluan untuk memerangi perubahan iklim dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada sidang kemuncak iklim tahun lalu di Glasgow, China berikrar untuk bekerjasama “dengan segera” dengan AS.

Menurut kenyataan itu lagi keputusan untuk menghentikan kerjasama telah diambil susulan lawatan Pelosi ke Taiwan tidak mengambil kira tentangan kuat China.

Loading...
Terkini