comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Korea Utara dilapor terus lancar peluru berpandu balistik

Foto Fail: EPA-EFE/KCNA

SEOUL: Menurut tentera Korea Selatan, Korea Utara dilapor telah melancarkan peluru berpandu balistik dari pantai timurnya, hari ini.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai jarak pelancaran peluru berpandu itu setakat ini.

Terdahulu, tentera Korea Selatan mendedahkan penemuan serpihan daripada peluru berpandu Korea Utara yang ditemukan dari perairan Korea Selatan.

Serpihan itu dikenal pasti sebahagian daripada peluru berpandu permukaan ke udara SA-5 era Soviet, menurut tentera.

Pelancaran itu adalah yang terbaharu dalam rekod ujian peluru berpandu oleh Korea Utara, termasuk ujian ICBM minggu lalu.

Ia mencetuskan kebimbangan yang semakin meningkat bahawa Pyongyang mungkin bersedia untuk melakukan ujian pertama peluru berpandu nuklear sejak 2017. – REUTERS

Loading...
Terkini