comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik

Korea Utara melancarkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu balistik ke laut di luar pantai timurnya hari ini, menurut tentera Korea Selatan. – FOTO: KCNA/ REUTERS

SEOUL: Korea Utara melancarkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu balistik ke laut di luar pantai timurnya hari ini, menurut tentera Korea Selatan.

Pelancaran itu dibuat selepas Pyongyang menuntut Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan menghentikan latihan ketenteraan berskala besar dengan menggelarnya sebagai provokasi yang mungkin menarik ‘langkah susulan yang lebih kuat’.

Penyiar YTN melaporkan, amaran serangan udara sudah dikeluarkan di pulau Ulleung Korea Selatan sekitar tempoh pelancaran peluru berpandu.

Jurucakap tentera Korea Selatan berkata, mereka sedang menyemak sama ada amaran serangan udara itu berkaitan dengan pelancaran peluru berpandu.

AS dan Korea Selatan memulakan salah satu latihan udara gabungan terbesar mereka pada Isnin lalu, dengan beratus-ratus pesawat perang daripada kedua-dua pihak melakukan serangan olok-olok dalam tempoh 24 jam sehari.

Korea Utara menguji beberapa rekod peluru berpandu pada tahun ini dan dilaporkan berkata bahawa kesibukan pelancaran baru-baru ini adalah sebagai tindak balas kepada latihan bersekutu. – REUTERS

Loading...
Terkini