comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Kotak Hitam Pesawat Sriwijaya Air Ditemukan

Kotak hitam yang berjaya ditemui pasukan penyelam Tentera Laut Indonesia. FOTO: Azwar Ipank / AFP

JAKARTA: Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas, berjaya ditemukan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) hari ini.

Menurut agensi berita Antara, kotak hitam itu dijumpai pasukan penyelam Tentera Laut Indonesia, di sekitar perairan Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, pada jam 4.20 petang waktu Indonesia Barat (WIB).

Penerbangan pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak yang membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal itu terputus hubungan selepas berlepas jam 2.36 petang pada Sabtu lepas, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta. – Bernama

Loading...
Terkini