comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Laluan pejalan kaki Istiklal Avenue kembali dibuka

SUMBER FOTO:  AFP

ISTANBUL : Lokasi tragedi letupan di Istiklal Avenue kini telah dibuka semula untuk laluan pejalan kaki.

Bagaimanapun rentetan letupan itu, bangku di sepanjang laluan telah dialihkan dan kawasan berkenaan sedang diawasi pihak polis.

Sementara itu menurut menteri dalam negeri Suleyman Soylu, suspek yang bertindak meletakkan bahan letupan di lokasi kejadian telahpun ditahan.

Siasatan awal mendapati arahan meletupkan kawasan komersial itu datang dari Ayn al Arab, utara Syria yang merupakan lokasi kubu ibu pejabat Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Tambah Soylu lagi, Turkiye sekeras-kerasnya akan memerangi tindakan keganasan ini dan pihak yang bertanggungjawab akan diheret ke muka pengadilan.

Loading...
Terkini