comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Lebih 3 Maut, 24 Cedera Dalam Kejadian Gempa Bumi Di Indonesia

Sekurang-kurangnya tiga maut dalam satu gempa bumi kuat di Wilayah Sulawesi Barat, Indonesia awal pagi tadi.

Gempa bumi kuat berskala 6.2 Richter itu dikesan pada kedudukan 143 kilometer (km) barat dari Palopo, Indonesia dengan kedalaman 27km.

Gempa susulan dengan kekuatan 6.2 magnitud pada kedalaman 10 kilometer itu menyebabkan penduduk lari ke tanah tinggi berikutan bimbang ancaman tsunami.

Gempa susulan tiga kali dirasai hingga Kota Makassar.

Antara kawasan yang paling terjejas ialah Kecamatan Mamuju.

Beberapa bangunan bertingkat juga dilaporkan runtuh dalam kejadian gempa terbabit

Bagaimanapun menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Loading...
Terkini