comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Lebih 470 penunjuk perasaan ditahan dalam rusuhan masuk malam ke-4 di Perancis

FOTO: Reuters

PARIS : Lebih 470 penunjuk perasaan ditahan di seluruh Perancis masuk malam keempat susulan tunjuk perasaan ganas ekoran kematian remaja 17 tahun yang ditembak mati oleh polis.

Kira-kira 45,000 anggota polis dikerah bagi mengawal keadaan di seluruh negara

Keganasan memuncak dengan penunjuk perasaan bertindak membakar kereta dan mengasari polis.

FOTO: Reuters

Malam sebelumnya menyaksikan kira-kira 900 penunjuk perasaan ditahan polis

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam pada itu mengadakan mesyuarat tergempar dengan pihak berkuasa dan mengumumkan langkah keselamatan terbaharu

Dalam kejadian Selasa lalu, mangsa Nahel M ditembak dalam satu sekatan jalan raya di bandar Nanterre

FOTO: Reuters

Anggota polis berusia 38 tahun yang dirakam melepaskan tembakan maut itu telah ditahan sejurus kejadian dan sedang disiasat kerana membunuh secara sukarela. – REUTERS

Loading...
Terkini