Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Lebih 50 maut dalam beberapa kejadian tanah runtuh di India

 

HIMACHAL PRADESH: Lebih 50 maut dalam beberapa siri kejadian tanah runtuh di Himachal Pradesh, India.

Menurut pihak berkuasa tempatan, angka korban mangsa tanah runtuh dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa.

Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

FOTO: Reuters

Hujan lebat terbabit turut mengakibatkan paras air dipenuhi lumpur meningkat di sungai Suketi Khad lalu mengakibatkan banjir di kawasan sekitar.

Ketua Menteri Himachal Pradesh dalam pada itu turut memaklumkan sekurang-kurangnya sembilan mayat ditemui di bawah timbunan kuil yang runtuh di Shimla.

Setakat ini, ratusan anggota kecemasan dikerah dalam misi mencari dan menyelamat mangsa terutama di bawah timbunan kediaman dan kenderaan yang musnah.

Loading...
Terkini